Petir Tunggal

Patuih Tungga atau Patuih Kariang
Petir Tunggal (Single Thunder-ntah benar transletnya atw tidak) – Wednesday,April 6,2016 –

Patuih Tungga atau ada juga orang kampung kami yang menyebutnya dengan Patuih Kariang ialah petir yang tiba-tiba datang, tidak ada yang mendahului atau tidak ada pula petir lain yang mengikuti serta tidak ada pula guruh yang menyelang-nyelingi. Selepas Petir Tunggal ini sunyi senyap hanya terdengar suara hujan dan angin saja. Bahkan guruhpun tidak ada.

Kata orang kampung kami, biasanya karena ada orang yang menyumpah. Selepas ia menyumpah maka terjadilah Petir Tunggal tersebut. Kalau kami bayangkan maka serupa agaknya dengan lakon pada filem dan sinetron saja. Petir menggelegar selepas ia menyumpah dengan wajah garang.

Bagaimana pula ditempat engku, rangkayo, serta encik sekalian? Apapula namanya petir ini dan apapula kisah dibaliknya? – at Belakang Balok

View on Path

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.