Taman Panorama di Pagi Hari

gazebo

Foto ini diambil dari dalam gazebo yang terletak di samping mushalla di dalam Taman Panorama dan Lubang Jepang. Nun jauh setentang dengan gazebo ini ialah Loket 1 yang berada di hadapan Museum Tri Daya Eka Dharma. Pada pagi hari serupa hari kami mengambil gambar ini keadaan taman sedang lengang, ditambah lagi kalau hari ini ialah hari biasa. Kalau seandainya hari libur maka semenjak pagi tadi para pelancong sudah ramai mendatangi taman kami ini. (more…)

Medan Nan Bapaneh di Panorama

medan nan bapaneh1

Medan nan Bapaneh merupakan sebuah amphitheater  yang terletak di dalam Taman Panorama dan Lubang Jepang di  Bukit Tinggi. Terletak di tepi tebing yang mengarah ke Ngarai Sianok. Dari tempat ini kita dapat meyaksikan salah satu pemandangan Ngarai Sianok yang menakjubkan. Setiap hari Sabtu dan Ahad, di tempat ini sering diadakan pertunjukan kesenian yang diadaka oleh anak sekolah se Kota Bukit Tinggi. (more…)

Ngarai & taman di petang hari

perempuan & ngarai

 

Gambar ini kami ambil di belakang loket dua panorama di Bukit Tinggi, dan kebetulan sekali ketika kami mengambil gambar ini lalulah seorang perempuan berjibab merah, dia ialah salah seorang guru.  Anak muridnya sedang mementaskan pertunjukan kesenian di Medan Nan Bapaneh yang ada di dalam Taman Panorama dan Lubang Jepang. Pementasan mereka berjaya mengundang pujian, cukup ramai orang-orang yang memuji di jejaring sosial.

Di belakang sana ialah pemandangan Ngarai Sianok yang telah memikat mata banyak orang, keindahannya tak habis-habisnya diabadikan pada gambar ataupun tulisan.

Tingkah Kera di Panorama

Sepasang kera sedang memadu kasih
Sepasang kera sedang memadu kasih

Suatu pemandangan yang langka nan kami dapati tatkala sedang berjalan-jalan di taman kota kami. Tatkala orang ramai sedang asyik pertunjukan anak es-de di amphiteather yang disebut dengan Medan nan Bapaneh, beberapa ekor kerapun terlihat asyik pula dengan kegiatan mereka. Salah dua dari kera-kera tersebut sedang memadu kasih. Di tepi tebing Ngarai Sianok, mereka tiada peduli dengan keriuhan manusia yang ada disekeliling mereka.

Sama kiranya dengan manusia yang tengah asyik-mashuk memadu kasih, mereka juga tiada peduli dengan manusia dan lingkungan disekelilingnya. Kalau demikian, benarkah manusia itu keturunan dari kera? Benarkah si pak cik Darwin dengan dalil evolusinya itu? (more…)