Dipendam dalam Hati

Picture: Here
Picture: Here

Pada musim penghujan ini hari tiada menentu rupanya, terkadang panas berdengkang, terkadang hujan lebat, terkadang gerimis seharian membawa udara dingin. Terkadang lagi cerah dipagi menjelang petang selepas itu dideranya kita dengan hujan deras, angin kencang, atau sekadar gerimis sampai tengah malam. Dipakai baju dua lapis, rupanya cerah hari sampai petang. Dipakai baju tipis, mendung berujan dikawani angin kencang sepanjang hari.

Tapi agaknya alam hendak memberikan kesempatan bagi Anak Adam untuk berpesiar keluar rumah pada hari Sabtu diawal bulan September ini. Ketika itu kami sedang diliputi rasa malas sehingga mengundur-undur waktu untuk pergi piket akhir pekan. Disaat kami tengah berasyik-masyhuk dengan laptop buruk kami di dalam bilik tibalah salah seorang nyiak aki[1] kami bertandang. Beliau biasa kami sapa dengan panggilan Nek Ilia, merupakan adik sepupu dari almarhum nyiak aki kami. Nek merupakan singkatan dari kata Nyiak Aki, sedangkan Ilia mengacu kepada rumah saudara perempuan beliau yang terletak di Belahan Hilir kampung kami.

Sudah menjelang delapan puluh tahun umur beliau namun masih kuat mengayuh kareta unto[2] dari rumah isterinya menuju rumah adik perempuannya yang tinggal seorang diri. Selepas dari rumah adik perempuannya itulah beliau singgah ke rumah kami, bercakap-cakap dengan kami atau bunda dan ayah atau dengan adik-adik kami. Selepas itu beliau pergi pulang ke rumah isterinya, terkadang hendak beliau ditawari makan namun lebih acap tiada hendak beliau makan. Semenjak kematian nyiak aki kami kami pandangi tubuh beliau semakin bungkuk.

Biasanya dengan bundalah beliau bercakap-cakap namun sekali ini bunda sedang pergi menjenguk[3], untung kami belum berangkat pergi piket kalau pergi tentulah tak seorangpun yang akan beliau dapati di rumah. Telah lama tak bersua, banyak na beliau tanyakan kepada kami, terkadang beliau mengisahkan perjalanan hidup orang nan beliau dengar atau pengalaman hidup beliau sendiri sebagai perbandingan bagi kami.

Di tengah hari nan panas ini beliau membagikan sebuah kisah nan berkaitan dengan diri beliau kepada kami. Kisah perasaian beliau sebagai seorang ayah yang selalu menahan hati atas perlakuan isteri dan anak-anaknya. Kisah beliau ini terjadi puluhan tahun nan silam, tatkala anak lelaki bungsunya masih kanak-kanak. Ketika itu ayah beliau masih hidup dan sedang sakit-sakitan. Karena saudara perempuannya tiada mungkin untuk mengantarkan ayah beliau apabila hendak ke jamban[4], membersihkan kotoran beliau apabila tiada sadar, serta memandikan ayah mereka, maka beliau putuskan untuk tinggal guna merawat sang ayah.

Lama agaknya beliau tiada pulang-pulang ke rumah isteri, terbit rasa rindu kepada anak dan isteri namun beliau tiada punya pilihan. Memanglah suatu pilihan nan sulit, bagi beliau, orang lain punya tanggungan pula tiada seorangpun nan dapat menggantikan dirinya. Ayahnya faham pula, disuruh sang anak pulang ke rumah isteri walau dalam hati ia merana demikian pula dengan adik perempuannya “Sangatlah besar tanggung jawab engkau sebagai seorang laki-laki, seorang kepala keluarga. Jangan sampai isteri engkau menuntut ayah nanti di akhirat..” ujar sang ayah.

Kakek kami terdiam, tiada berdaya ia, benar-benar berada dalam pilihan sulit. Anak dan isteri memangil-manggil dari kejauhan sana. Hendak memperturutkan apa nan terasa, bermain dengan anak-anaknya nan masih kanak-kanak itu. Namun hatinya pilu tatkala melihat sang ayah yang terbaring tak berdaya. Kalaulah dapat berjalan tentulah akan ditinggalkannya tatkala malam namun ini tiada.

Pada hari pekan[5] di kampung kami, sang isteri dan anak bungsunya datang ke rumah untuk menjenguk sang ayah. Kebetulan di rumahnya ada pisang goreng, beberapa saat yang lalu sang adik baru pulang dari pekan pula. Pisang goreng ialah jenis makanan kegemaran orang kampung kami yang biasa disantap di petang hari bersama-sama dengan kopi atau teh. Maka disuguhkanlah pisang goreng itu oleh sang adik, disuruhlah anak bungsunya untuk mengambil agak satu untuk dimakan. Namun sang isteri menegah[6] karena mereka hendak ke pakan selepas ini.

“Usah tuan, kami hendak ke pekan setelah dari sini. Nanti kami juga hendak membeli pisang goreng..” jawab si isteri dan si anak urung mengambil.

Dalam adat kebiasaan serta budi-bahasa orang di kampung kami, perkara sepele ini sungguh sangat kasar. Karena tiada patut seorang menantu melarang anaknya untuk mengambil makanan yang disuguhkan di rumah mertuanya. Bukankah itu rumah bako[7] si anak, di rumah bako sang anak dirajakan. Apalagi kejadian itu di hadapan mertua, seolah-olah hendak dikatakan “Tiada perlu diberi nanti akan saya belikan pula untuk si buyuang satu kantong”.

Selepas kepergian sang isteri dan anak bungsunya itu kakek kami ini pergi ke dalam bilik dan mengurung diri di sana. Di dalam bilik itu ia menumpahkan segalanya, menangis ia “Masih terkenang kejadian itu, seolah-olah berada di hadapan mata saya pada saat ini..” ujar kakek kami sambil tersenyum sedih.

“Telah lama tak bersua dengan anak, ini pula nan didapat..!!” Demikianlah nan hendak dikatakan beliau sebenarnya.

Itu nan dirasakan oleh kakek kami, entah bagaimana pula perasaan ayah serta adik perempuannya ketika itu. Kejadian itu tiada pernah beliau ceritakan, disimpan dan dipendam dalam hati dan baru kinilah beliau kisahkan setelah mendengar perasaian kami.

____________________________

Catatan Kaki:

[1] Kakek

[2] Sepeda Ontel

[3] Takziah, melayat ke rumah keluarga yang meninggal anggota keluarganya

[4] Kamar kecil, WC, toilet

[5] Hari pasar, biasanya berlangsung dua kali sepekan. Di kampung kami pekan diselenggarakan setiap Hari Selasa dan Hari Jum’at dari semenjak tengah hari (siang) sampai petang hari (sore). Pekan di kampung kami dinamai dengan nama “Pakan Salasa”

[6] Melarang

[7] Keluarga ayah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s